Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Penaja bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah diadakan pada 18 Februari 2014 jam 11.30pm di Restoran Saji di Bandar Sri Permaisuri.
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah dihadiri oleh:
Pengerusi : Encik Muhammad Sayuti Othman
Setiausaha : Encik Jamaluddin Khalid
Bendahari : Encik Nasiruddin Khalid
Dalam mesyuarat ini, antara yang dibincangkan ialah
1. cadangan untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah (ALK) yang perlu terdiri daripada mereka yang komited dan boleh memberi komitmen dalam memberi cadangan, cara pelaksaan dan keuntungan kepada koperasi;
2. menyemak senarai dokumen yang dibekalkan oleh SKM untuk keperluan MAP yang dijadualkan pada 2 Mac 2014 dan
3. tempahan tempat dan jamuan ringan yang perlu untuk mengadakan MAP.
Mesyuarat ditangguhkan pada 19 Februari 2014 jam 1.20am.
No comments:
Post a Comment