Wednesday, 26 February 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja 03/2014

Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Penaja bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah diadakan pada 25 Februari 2014 jam 10.30pm di Restoran Saji di Bandar Sri Permaisuri.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah dihadiri oleh:
 
Pengerusi   :  Encik Muhammad Sayuti Othman
Setiausaha :  Encik Jamaluddin Khalid
Bendahari  :  Encik Nasiruddin Khalid
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh:

1.  Mohd Shahril Ismail Bin Omar
2.  Andy Haris Bin Buchari
3.  Raja Hairul Azmil Bin Tengku Azmi Karib
4.  Mohd Hafifi Bin Hasbullah
5.  Shammursaleen Bin Samsudin 
 
Mesyuarat ini membincangkan tentang

1.  Persiapan MAP;
2   Jumlah kehadiran bakal anggota koperasi, dan
3. Aktiviti yang bakal dilaksanakan selepas selesai urusan pendaftaran Koperasi.
 
  
Mesyuarat ditangguhkan pada 26 Februari 2014 jam 12.30am.

Suasana ketika mesyuarat
 

Wednesday, 19 February 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja 02/2014

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Penaja bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah diadakan pada 18 Februari 2014 jam 11.30pm di Restoran Saji di Bandar Sri Permaisuri.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah dihadiri oleh:
 
Pengerusi   :  Encik Muhammad Sayuti Othman
Setiausaha :  Encik Jamaluddin Khalid
Bendahari  :  Encik Nasiruddin Khalid
 
Dalam mesyuarat ini, antara yang dibincangkan ialah
 
1.  cadangan untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah (ALK) yang perlu terdiri daripada mereka yang komited dan boleh memberi komitmen dalam memberi cadangan, cara pelaksaan dan keuntungan kepada koperasi;
 
2.  menyemak senarai dokumen yang dibekalkan oleh SKM untuk keperluan MAP yang dijadualkan pada 2 Mac 2014 dan
 
3.  tempahan tempat dan jamuan ringan yang perlu untuk mengadakan MAP. 
 
 
Mesyuarat ditangguhkan pada 19 Februari 2014 jam 1.20am.
 
 

Friday, 7 February 2014

Surat Mesyuarat Agung Permulaan

Alhamdulillah, hari ini Koperasi telah keluarkan surat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan pada 2 Mac 2014 nanti.

Surat jemputan mesyuarat ini sedang diedarkan dan kami mensasarkan kehadiran di MAP nanti perlulah sekurang-kurangnya 50 orang bagi membolehkan penubuhan Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Berhad ini.

Surat MAP
 
Agenda MAP