Tuesday, 28 January 2014

Taklimat Ringkas dan Pembelian 'Kit Pendaftaran Koperasi' di SKM

Satu taklimat ringkas sebagai persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Berhad (Dalam Penubuhan) telah diadakan di bilik mesyuarat SKM pada jam 2.30ptg tadi.

 
Taklimat ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Sayuti Othman selaku Pengerusi Penaja dan Encik Jamaluddin Khalid selaku Setiausaha Penaja.  Taklimat yang disampaikan oleh pegawai SKM, telah berjalan dengan lancar.
 
Koperasi telah membeli Kit Pendaftaran Koperasi bagi persediaan MAP yang dijadualkan pada awal bulan Mac 2014 nanti.
 
 

Wednesday, 8 January 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja 01/2014

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penaja bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah diadakan pada 7 Januari 2014 jam 11.45pm di Restoran berhampiran Ampang Point.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah dihadiri oleh:
 
Pengerusi   :  Encik Muhammad Sayuti Othman
Setiausaha :  Encik Jamaluddin Khalid
Bendahari  :  Encik Nasiruddin Khalid
 
Mesyuarat ditangguhkan pada 8 Januari 2014 jam 2.00am.

Wednesday, 1 January 2014

Surat Kelulusan Penubuhan Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Berhad (Dalam Penubuhan)

Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpuar Berhad (Dalam Penubuhan) telah menerima surat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 31 Disember 2013,iaitu, hari terakhir tahun 2013.
 
Surat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia